Home Highlights

Laws that Criminalize Gender Identity & Expression in Malaysia

Above are laws that are used to prosecute transpeople in Malaysia 

CIVIL LAW
Section 21 of the Minor Offences Act 1955 

Drunkenness and disorderly behaviour in public places
21. Any person who is found drunk and incapable of taking care of himself, or is guilty of any riotous, disorderly or indecent behaviour, or of persistently soliciting or importuning for immoral purposes in any public road or in any public place or place of public amusement or resort, or in the immediate vicinity of any Court or of any public office or police station or place of worship, shall be liable to a fine not exceeding twenty-five ringgit or to imprisonment for a term not exceeding fourteen days, and on a second or subsequent conviction to a fine not exceeding one hundred ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three months or to both.

SYARIAH LAWS 

ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992 
BAHAGIAN IV – KESALAHAN 
Darihal kesalahan mengenai kehormatan diri
Seksyen 66. Lelaki berlagak seperti perempuan. 
Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

ENAKMEN 9 TAHUN 1988   
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1988 (NEGERI KEDAH) 
BAHAGIAN II – KESALAHAN-KESALAHAN
Seksyen 7. Pondan.
Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1985 (NEGERI KELANTAN)
BAHAGIAN II – KESALAHAN-KESALAHAN 

Seksyen 7. Pondan.   
Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana- mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN IV – KESALAHAN-KESALAHAN LAIN
Seksyen 72. Lelaki berlagak seperti perempuan. 
Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana- mana tempat awam tanpa alasan yang munasabah adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991 (NEGERI PERLIS)
BAHAGIAN II – KESALAHAN-KESALAHAN 

Seksyen 7. Pondan.   
(1) Mana-mana orang lelaki yang berlagak seperti perempuan (tasyabbuh) di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman 1 Annex 1 denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (2) Mana-mana orang perempuan yang berlagak seperti lelaki (tasyabbuh) di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995 (NEGERI SABAH)
BAHAGIAN IV – KESALAHAN 

Seksyen 92. Lelaki berlagak seperti perempuan atau sebaliknya. 
Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan atau sebaliknya di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 559/1997
BAHAGIAN IV KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN 

Seksyen 28: Orang lelaki berlagak seperti perempuan. 
Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

ENAKMEN 9 TAHUN 1995 ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995
BAHAGIAN IV – KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN 

Seksyen 30. Lelaki berlagak seperti perempuan. 
Mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana- mana tempat awam untuk tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

ENAKMEN 3 TAHUN 1996
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN IV – KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN KESUSILAAN 

Seksyen 28. Lelaki berlagak seperti perempuan. 
Mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana- mana tempat awam atas tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

ENAKMEN 7 TAHUN 2001
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001
BAHAGIAN IV – KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN 

Seksyen 33. Orang lelaki berlagak seperti perempuan. 
Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

ENAKMEN 4 TAHUN 1997
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1997 (NEGERI JOHOR)
BAHAGIAN IV – KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN 

Seksyen 28. Orang lelaki berlagak seperti perempuan. 
Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992 (NEGERI PERAK)
BAHAGIAN VI – KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH DIRI 

Seksyen 55. Lelaki berlagak seperti perempuan. 
Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana- mana tempat awam bagi tujuan maksiat adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

ORDINAN 46 TAHUN 2001
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2001 (NEGERI SARAWAK)
BAHAGIAN IV – KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN
Seksyen 25. Lelaki berlagak seperti perempuan. 

Mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana- mana tempat awam atas tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

SHARE