Home Resources Glossary

Glossary

Terminologi berkenaan identiti gender

Gender identity atau identiti gender tidak ditentukan oleh alat kelamin kita, tetapi otak kita. Identiti gender merujuk kepada cara kita melihat diri kita dan naluri serta perasaan kita.

Transgender, trans Transgender merujuk kepada seseorang yang mendapati identiti gender yang diberikan ketika lahir tidak selari dengan pengalaman hidupnya.

Sebagai contoh, seorang bayi yang diberikan gender perempuan berdasarkan alat kelaminnya, mendapati gender yang diberikan oleh doktor, iaitu perempuan, tidak selaras dengan naluri, perasaan, cara dia melihat dirinya sendiri dan pengalaman hidupnya.

Transgender merupakan istilah yang digunakan sebagai ‘umbrella term’ untuk merangkumi individu yang mendapati naluri, perasaan, cara dia melihat diri sendiri dan pengalaman hidup mereka tidak selaras dengan jantina dan/atau gender yang diberikan selepas lahir.

Terdapat juga kepelbagaian dalam identiti transgender, dan bukan semua individu transgender mahu menjalani terapi hormon dan/atau pembedahan pengukuhan gender.

Trans woman or women Seorang yang mengidentifikasikan dirinya sebagai perempuan

Mak nyah

Trans men or man Seorang yang mengidentifikasikan dirinya sebagai lelaki
Pengkid Seorang yang mengidentifikasikan dirinya sebagai lelaki atau identiti yang maskulin

Pengkid

Gender diverse Kepelbagaian gender

Gender merupakan spektrum, dan bukan binari atau terdiri dua perkara sahaja

Gender queer, gender fluid Gender queer merujuk kepada seorang yang melihat dirinya sebagai kombinasi gender atau tidak melihat atau mengidentifikasikan dirinya dengan mana-mana gender
Transsexual Transeksual merupakan istilah lama yang merujuk secara khusus kepada individu yang mahu menjalani transisi secara perubatan, iaitu menjalani terapi hormon dan/atau pembedahan untuk mengukuhkan identitinya.

Transsexual bukan ‘umbrella term’ seperti transgender, dan bukan semua orang yang mengelar diri mereka transsexual, terutama sekali dengan adanya istilah baharu yang lebih digemari, seperti trans woman, trans man, transgender person.

Sila tanya individu berkenaan istilah yang mereka gunakan untuk mengelarkan diri mereka.

Transeksual

Gender identity Identiti gender
Cisgender Cisgender merujuk kepada seseorang yang merasakan gender yang diberikan kepadanya semasa lahir selari dengan naluri, perasaan, cara dia melihat dirinya sendiri dan pengalaman hidupnya.

Sebagai contoh, seorang bayi yang diberikan gender perempuan berdasarkan alat kelaminnya, mendapati gender yang diberikan oleh doktor, iaitu perempuan, selaras dengan naluri, perasaan, cara dia melihat dirinya sendiri dan pengalaman hidupnya.

Cross dresser Cross dresser merujuk kepada seorang yang kadang-kadang suka memakai pakaian, aksesori, dan perkara-perkara lain dikaitkan dengan mana-mana gender yang bukan daripada kategori gender mereka.
Transition Transisi merujuk kepada proses di mana seseorang menyesuaikan diri mereka dengan identiti gender mereka yang sebenar. Hal ini termasuklah transisi secara sosial dan perubatan – menggunakan nama yang menampilkan identiti mereka, menggunakan gelaran yang sesuai, memberitahu orang tentang identiti mereka, menjalani terapi hormon, menjalani pembedahan dan sebagainya.

Setiap orang melakukan transisi dengan cara yang berbeza, dan individu boleh memilih untuk melakukan transisi secara selektif atau berperingkat.

Proses transisi juga meliputi transisi dari segi legal atau perundangan, di mana individu transgender mengambil langkah-langkah dari segi perundangan dengan menukar butir-butiran dalam dokumen-dokumen rasmi untuk menunjukkan identiti sebenar mereka.

Penting untuk kita ingat bahawa walaupun golongan transgender di Malaysia tidak mempunyai akses untuk menukar butir-butiran dalam dokumen rasmi mereka, termasuklah nama mereka sendiri, kita haruslah gunakan nama dan pengenalan diri yang dipilih untuk individu transgender. Sila tanya individu tersebut nama yang mereka mahu gunakan.

Penggunaan nama mengikut kad identiti atau kad pengenalan, gelaran gender yang tidak sesuai, dan hanya memfokus atau menumpukan perhatian terhadap alat kelamin menafikan pengalaman hidup dan identiti gender sebenar individu transgender.  Hal ini juga memberi impak kepada emosi dan identiti individu dan komuniti transgender, serta meningkatkan stigma, diskriminasi dan keganasan terhadap mereka.

Gender affirmation surgeries Pembedahan pengukuhan gender
Gender dysphoria Pada tahun 2013, American Psychiatric Association menerbitkan edisi ke-5 Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-V). Edisi ini telah mengemas kini ‘Gender Identity Disorder’ kepada Gender Dysphoria, dan kriteria untuk diagnosis tersebut.

Gender dysphoria dapat dilihat melalui beberapa cara, termasuklah keinginan yang kuat untuk dilayan sebagai gender lain atau untuk membuang ciri-ciri jantina atau seks, kepercayaan yang kuat bahawa perasaan dan reaksi mereka lebih tipikal dengan gender lain. Diagnosis DSM-5 menambah pengkhususan bagi individu yang telah menjalani proses transisi (dengan atau tanpa pengiktirafan legal atau perundangan). Hal ini memastikan akses kepada terapi hormon, pembedahan yang berkaitan, atau terapi atau kaunseling untuk menyokong proses transisi individu transgender.

Sama ada diagnosis psikatri diperlukan atau tidak ialah isu yang diperdebatkan kerana hal ini juga meningkatkan stigma terhadap individu transgender oleh sebab hubungkait gender dysphoria dengan kesihatan mental. Kesihatan mental secara sendirinya berhadapan dengan pelbagai jenis salah faham, tanggapan dan stigma.

Walau bagaimanapun, penting untuk semua faham isi kandungan gender dysphoria dan cadangan rawatan perubatan yang spesifik bagi setiap individu transgender melalui hormon dan/atau pembedahan untuk diagnosis Gender Dysphoria oleh golongan perubatan serta psikiatri.

Terminologi berkenaan orientasi seksual

Lesbian Seorang yang mengidentifikasi dirinya sebagai seorang perempuan yang tertarik kepada perempuan lain
Gay Seorang yang mengidentifikasi dirinya sebagai seorang lelaki yang tertarik kepada lelaki lain
Bisexual Seorang yang mengidentifikasi dirinya sebagai lelaki atau perempuan yang tertarik kepada lelaki atau perempuan
Queer Seorang yang mengdentifikasikan dirinya dengan semua kategori gender atau tidak mengidentifikasikan dirinya dengan mana-mana gender yang tertarik kepada mana-mana gender
Pansexual Seorang yang tertarik kepada mana-mana gender
Asexual Seorang yang tidak mempunyai atau sedikit tarikan seksual terhadap pasangan mereka
Homosexual Homoseksualiti

Terma klinikal yang merujuk kepada golongan yang mempunyai tarikan romantik dan/atau seksual terhadap golongan daripada gender yang sama. Jarang digunakan oleh individu lesbian dan gay

Heterosexual Heteroseksual

Terma klinikal yang merujuk kepada golongan yang mempunyai tarikan romantik dan/atau seksual terhadap golongan yang berbeza gender


Istilah jantina atau seks 

Sex atau jantina atau seks merujuk kepada kombinasi kromosom, ciri-ciri seks sekunder, hormon, dan organ reproduktif. Jantina merujuk kepada identiti yang diberikan kepada kita ketika lahir berdasarkan alat kelamin kita. Walau bagaimanapun, jantina bukan sahaja terdiri daripada male (jantan/lelaki), female (betina/perempuan), tetapi juga interseks, yang merujuk kepada individu yang mempunyai kombinasi alat kelamin, kromosom, hormon dan/atau ciri-ciri seks sekunder yang berbeza daripada male serta female.

Harus juga diingati bahawa Jantina atau seks berbeza daripada identiti gender, dan identiti gender tidak ditentukan oleh alat kelamin kita.

Sex Jantina atau seks
Male Seorang yang mempunyai kromosom XY.

Lelaki

Female Seorang yang mempunyai kromosom XX.

Perempuan

Intersex Seorang yang mempunyai pelbagai jenis kombinasi kromosom, termasuklah XXY, XO, XXXY

Juga dikenali sebagai khunsa dalam Bahasa Melayu atau Malaysia. Walau bagaimanapun, terma intersex digunakan secara meluas.

 

SHARE